Friday 6 July 2012

Sukan..Oh...Sukan @Micet

Date : 2 July until 6 July 2012
Venue : UniKL Micet, Alor Gajah Melaka...

Again...the sport event was here...
The moment captured speaks thousand words...
PKMicet had done a great job!
Win or lose, that was not important...the SPIRIT that's count!
Sporting staffs...
Great event...
Laughing sessions...
High spirit...
No boundaries...everyone had an enjoyable moment, for good or for bad...
KUDOS TO THE FAMILY OF MICET!!!

The moment of truth...

Badminton players  for KUNING

Academic discussion during badminton game???

"Boleh menang ke...atau nak balik rumah terus??"

My ADIKs...

Perempuan Melayu Terakhir...played the game gracefully! Very rare "species"...

Waiting for their turn in "tarik tali" event!

The champion...IRON LADIES OF BIRU

1st runner up...the GREEN HORNET!

Special appearance Mdm Teo? Tarik tali and futsal?...

The fighter...

Never under-estimate these ladies...

Pingpong event - the champion!


Again...my adiks were in every event! Very active yeah!

On the first day, I'd sprained my ankle during netball game...Fall N Out!!!!

Supporters...

Battle between the Blue and the Green

The star...

Monday 19 December 2011

Friday 9 December 2011

Amalan doa untuk seisi keluarga

Mendidik anak berdoa dalam hidup




UMUM mengetahui bahawa doa adalah salah satu bentuk ibadah. Doa dapat difahami sebagai permohonan atau permintaan yang baik kepada Tuhan. Doa yang dipinta adalah kebaikan yang dipinta dengan restu daripada Tuhan. Mendidik anak-anak supaya sentiasa berdoa dalam kehidupan sangat penting. Pada hakikatnya, kita sebagai manusia sering mengalami pelbagai masalah dan kita semua berhajat kepada Tuhan untuk menyelesaikan masalah. Kita semua adalah orang-orang fakir akan rahmat Tuhan. Tidak seorang pun daripada kita di dunia ini yang tidak mempunyai impian yang ingin dicapai. Siapa di antara kita yang tidak pernah berbuat maksiat atau kesalahan dan mengharap Allah mengampunkan semuanya. Oleh itu hanya melalui doa, iaitu permintaan kepada Allah sahaja yang dapat menyelesaikan segala masalah. Justeru, doa merupakan ubat yang paling bermanfaat. Doa juga penolak penyakit dan musibah. Doa akan menolak, mengatasi, mencegah kedatangan, menghilangkan atau meringankan penyakit jika sudah menimpa. Doa adalah senjata seorang mukmin. Dalam hal itu, al-Hakim meriwayatkan dalam kitab sahihnya daripada sahabat Ali bin Abu Talib r.a, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Doa adalah senjata seorang mukmin, tiang penyangga agama, serta lentera (lampu) langit dan bumi". Selain itu, dalam usaha mengatasi bala atau mara bahaya, doa memiliki tiga keadaan, iaitu:

Pertama, doa lebih kuat daripada bala sehingga mampu mengalahkannya.

Kedua, doa lebih lemah daripada bala sehingga doa dikalahkan dan akibatnya seorang hamba ditimpa musibah atau penyakit, akan tetapi isi kandung doa dalam hal ini meringankan penyakit, meskipun kadarnya lemah.

Ketiga, doa dan bala sama-sama kuat sehingga terjadi saling mengalahkan.

Doa yang bermanfaat mestilah dilakukan dengan bersungguh-sungguh, meminta kepada Allah dengan sepenuh hati. Dalam berdoa jangan sedikit sesekali berputus asa dan lemah dalam berdoa, kerana seseorang itu tidak akan binasa selagi ia mampu berdoa. Salah satu penghalang termakbulnya doa adalah sifat tergesa-gesa dalam berdoa, hingga jika keinginannya tidak dikabulkan ia mengeluh dan meninggalkan doa dan tidak yakin akan termakbulnya doanya.

Telah diajarkan doa memohon keampunan antaranya: Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya kami telah beriman, oleh itu ampunkanlah dosa-dosa kami dan peliharalah kami daripada azab neraka. (ali-'Imran: 16).

Keterangan ayat di atas "kami telah beriman" bermaksud kami telah membenarkan seruan Islam, "memohon keampunan" pula ertinya memohon agar ditutup semua keburukan dan dilepaskan daripada kiraan dosa-dosa. (Tafsir al-Khazin). Dalam ayat berikutnya, Allah SWT menyenaraikan golongan yang sentiasa berdoa kepada Allah tergolong dalam golongan yang sabar, golongan yang membenarkan (al-Sidiqqin), golongan yang taat kepada Allah (al-Qanitin), golongan yang bersedekah pada jalan Allah (al-Munfiqin) serta yang sering beristighfar dan bangkit berqiamullail pada sebelah malamnya (al- Murstaghfirin bil ashar).
Khasiat dan kaifiat beramal dengan doa ini mudah-mudahan iman kita akan meningkat kepada iman golongan yang mulia.

Waktu yang mustajab berdoa

Antara waktu-waktu doa mustajab dilakukan secara khusyuk dan konsentrasi sepenuh hati terhadap apa yang diinginkan adalah enam pilihan waktu iaitu sepertinya malam terakhir, ketika azan, waktu antara azan dan iqamat, sesudah solat wajib, ketika imam naik mimbar di hari Jumaat hingga selesai solat jemaah Jumaat, serta waktu-waktu terakhir sesudah solat asar di hari Jumaat.
Antara lafaz doa yang ampuh telah diriwayatkan dalam kitab-kitab al-Sunan dalam sahihnya daripada Abdullah bin Yazid daripada ayahnya, Rasulullah SAW pernah mendengar seorang hamba Allah berdoa yang ertinya; "Ya Allah, aku meminta kepada-Mu, aku bersaksi bahawa Engkau adlah Allah, tiada tuhan melainkan Engkau Yang Maha Esa, tempat bergantung, yang tidak melahirkan dan juga tidak dilahirkan, yang tidak ada sesuatu pun yang menyamai". Rasulullah SAW kemudiannya bersabda, "Sesungguhnya dia telah meminta kepada Allah dengan Allah dengan nama-Nya yang Maha Agung". (riwayat at-Tirmizi).
Ada juga diriwayatkan oleh Abu Hatim dan Ibnu Hibban daripada Anas bin Malik, bahawa ia bersama Rasulullah SAW sedang duduk-duduk, sementara ada seorang lelaki sedang melakukan solat, kemudian berdoa, yang ertinya; "Ya Allah, aku meminta kepada-MU, segala puji bagi-Mu, tiada tuhan melainkan Engkau, Maha Pemberi, Pencipta langit dan bumi, wahai Yang Memiliki Keagungan dan Kemuliaan, wahai yang Maha Hidup dan Maha Penegak".
Rasulullah SAW bersabda: "Sungguh dia telah berdoa kepada Allah dengan nama-Nya yang Maha Agung, yang apabila dia berdoa dengannya maka Allah kabulkan dan jika doa meminta dengan-Nya, maka Dia akan memberi". (riwayat Imam Ahmad). Antara sebab doa dikabulkan Allah adalah kerana direstui dengan keadaan terdesak daripada orang yang berdoa, kekhusyukan kepada Allah dan kerana kebajikan yang pernah dilakukannya sehingga Allah membalasnya sebagai tanda terima kasih atas amal kebajikan.
Di samping itu juga, kerana doa tersebut dilakukan pada waktu-waktu mustajab, selain lafaz dan keyakinan yang penuh kepada Allah. Oleh itu, sesiapa yang diberikan kekuatan berdoa, ini bererti bahawa doanya akan dikabulkan. Allah SWT berfirman, yang maksudnya; Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu… (al-Mukmin: 60).

Allah SWT juga berfirman yang bermaksud: Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengkabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku. (al-Baqarah: 186).
Dalam Sunan Ibn Majah, diriwayatkan daripada Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Barang siapa yang tidak meminta kepada Allah, ia marah kepada-Ku". (riwayat at-Tirmizi).
Hadis ini menunjukkan bahawa keredaan Allah bergantung pada apabila seseorang meminta kepada-Nya dan taat kepada-Nya. Jika Allah meredai, semua kebaikan terletak pada keredaan-Nya. Sebaliknya semua bala dan bencana terdapat pada kemurkaan-Nya. Sesungguhnya doa sebagai ibadah amat penting di amalkan dalam kehidupan. Kesibukan dan kelalaian kita menyebabkan kita lupa berdoa dan sentiasa tergesa-gesa semasa berdoa. Hal ini menyebabkan kita tidak dimakbulkan oleh Allah. Semangat untuk berdoa juga amat penting dilakukan pada waktu-waktu mustajab yang disebutkan bagi mendapatkan kejayaan dan termakbulnya sesuatu doa.

Thursday 8 December 2011

Otak Kanan

I've came across this email from somebody that had practiced the method. Wallahu'alam...

Subject: Otak Kanan - Teknik Jepun Shichida Methods...

Beberapa minggu lepas boss aku ada cakap kat aku yg dia antaq anak die 2  thn pergi Sichida kelas...yakni kelas yg di uruskan oleh org Jepun melatih anak-anak  befikir menggunakan otak sebelah kanan. Otak sebelah kanan ni lebih efektif sebenarmya dari otak sebelah kiri tetapi kena practise sikitlah penggunaannya. Kelas ni mahal, kalau kelas tadika Juanna yg aku nak masukkan tahun depan tu costnye lebih tinggi dari cost kite satu semester kat ITM, tapi boss aku ni atas kesedaran bahawa ramai sgt cine yang pergi kelas tu utk ajar anak2 depa dan melayu cuma setengah kerat aje...dia pun bersetuju ngan niat ikhlasnye untuk ajar
aku dan staff melayu yg lain.

Aku pun nak korang practisekan bende ni kat anak korang, sebab baru seminggu aku buat kat anak aku...dah nampak keberkesanannya.

1. Sewaktu anak nak tidur atau tidur-tidur ayam, cakap kat die sepenuh hati dan sejujurnya yang kita sayang kat dia, dia budak baik, dia anak soleh, dia budak kuat, tak sakit, dia budak pandai dsb. Sbb during tidur-tidur ayam ni otak kanan sedang bekerja, otak kiri dah tidur dah, tapi kena buat seikhlas hati...kalau tengah marah ..tak jadi. Kalau anak korang tu dah tidur, ramas-ramas jari atau tangan dia, macam picitlah supaya dia kembali berada dalam tidur2 ayam punya situation. Aku buat kat anak aku sebab die bangun pagi lambat pas tu siap melalak-lalak lagi, aku cakap hari-hari kat dia, dia budak baik, dia suka pergi sekolah, dia budak sihat, dia nak bangun awal....sekarang 6.30 dah bukak mata termasuk sabtu n Ahad.

2. Start guna cards untuk ajar anak. Aku ajar ABC-Z guna card seminggu je,sekarang dah kenal semua huruf dah siap boleh eja perkataan pendek-pendek. .buat card banyak-banyak dan tunjuk kat dia orang
cepat-cepat. .macam..a. .b..c..d. .e, insya Allah cepat die dapat sebab bila  kita tunjuk kad laju-laju atau cepat-cepat otak kanan die bekerja keras untuk tangkap apa benda yang kite tunjuk tu...kita boleh buat card 1,2,3, gambar-gambar. ..potonglah gambar kat mana-mana dsb.

3. Gerak kerja tangan adalah hasil dari otak kanan, so ajar anak korang main tanah liat, main water colour, melukis, gunting kertas, origami dsb. Memang le kite yang kene mengemas tapi takpe....... .. satu lagi cuba korang lukis gambar, contohnye rama2, tapi sebelah sahaja dan suruh die orang sambung lukis ikut apa yg
korang lukis tu kat sebelah lagi...ini pun dapat mengaktifkan penggunaan  otak kanan....

4. Jgn marah-marah atau tengking anak........ sebab depa boleh simpan semuanya dalam otak kiri.......kalau termarah depa, pi balik kat cara no 1 tadi, and mintak maaf kat die.....

5. Satu lagi develop they all punya imagination by start bercerita kat die orang dan suruh depa sambung cerite tu, walaupun cerita tu memang lah merapu  takpa....... ..kita pun bukan tak biasa merapu...... .

6. Main teka-teki ngan they all, taruk satu barang dalam kotak tissue and suruh depa teka apa benda tu. First few times boleh bagi option macam....bagi tau colour, bunyi, lama-lama depa boleh develop six sence by concentrating depa boleh teka apa benda dlm kotak tissue tu........ni semua utk aktifkan otak sebelah
kanan. Tapi ingat.....semua game yg hangpa nak buat ngan dia tu cuma boleh buat setengah jam sehari..tak payah lama-lama.

Sebelum buat exercise ni, kena tarik nafas dalam-dalam and relaks...tak boleh buat time tengah nak masak ka, basuh kain ka tengok tv ka, tak jadi....Buat kena ikhlas, and merendah diri sikitlah bila dah terror ini semua satu cara yng Tuhan lagi Maha Mengetahui kalau Dia izin anak kite nak pandai. Alhamdulillah tapi kita
kena berusaha, dan bersyukur kalau dah berhasil sebab bila2 Dia boleh tarik balik..betui dak......Aku pun tengah try lagi ni...

Lagi satu untuk berkongsi sesama pembaca....

Kaunselor UTM, Dr, Syed Mohd. Shafek pun ada cakap benda yang sama dan dia ada ckp ttg perkataan jangan kat anak-anak. kalau kita banyak sangat guna perkataan  jangan kat anak-anak... ..itu lah yang anak akan buat.....so lepas nie kena ganti perkataan jangan tu kepada perkataan lain plak...contohnya. ...Tolong
senyap Abang,,,berbanding Jangan bising bang..

Dlm Islam sendiripun menggalakkan kita ibubapa bercakap2/berdoa dgn anak2
ketika mrk dlm proses nak tidur sbb pada ketika itulah di antara waktu2
doa
dimakbulkan.

Saturday 3 December 2011

Shukri's Day

Concert & Convocation Day...
3rd December 2011...
Holiday Inn Hotel Melaka...



Wednesday 6 July 2011

Birthday gift

After the false alarm on my birthday yesterday...finally, I gave birth to this beautiful baby boy, Muhammad Hafiz (named by his brothers) at 6.42pm at Pantai Hospital Melaka. All the pain totally gone with the wind as I cuddled my baby. Alhamdulillah, thank you Allah for the gift.


Aged 3 days...

Tuesday 5 July 2011

False alarm

False alarm on my birthday...
1.35am, 5th July 2011....
My hubby rushed me to the hospital
but,it turned out to be false alarm.
Haiya..my baby really made me suspend laa...